“Seluar Dalam lelaki” Perlu Buat Dan Jangan Buat!!

man-underwear-5

Apa yang perlu anda tahu.

  • Memakai seluar dalam sehelai sehari adalah lebih baik. Jika ada yang berlubang, koyak, benang tertanggal tukar dengan yang baru.
  • Lelaki  harus mempunyai sekurang-kurangnya 10 helai seluar dalam didalam simpanan setiap saat.
  • Seluar dalam  lelaki harus selalu kelihatan seperti  dibuat untuk laki-laki.

“Tahukah anda, sehelai seluar dalam yang kotor mengandungi 1 gram kotoran”

Seluar Dalam Lelaki – Perlu Anda Buat

Ganti seluar dalam yang lama.

Statistik menunjukkan bahawa lelaki menukar seluar dalam mereka sekitar lapan tahun sekali. Tidak tahu samada statistik ini tepat atau tidak (harap-harap tidaklah), lelaki suka memakai seluar dalam sehingga lusuh. Tidak kita berapa lama masa yang anda perlukan sekiranya seluar dalam anda berlubang,koyak,carik buang sahaja dan beli yang baru. Berat sangatkah wang yang ingin anda keluarkan dibandingkan dengan penampilan anda. Ada sesetengah lelaki yang masih menggunakan seluar dalam mereka yang dipakai semasa menuntut di universiti. Buangkanlah…

Lelaki perlu ada koleksi seluar dalam.

lelaki sekurang-kurangnya mesti ada 10 pasang seluar dalam dalam simpanan mereka. sepasang sehari dan tambahan 2 pasang lagi untuk hujung minggu apabila anda menpunyai aktiviti dan masa kecemasan. Bagi lelaki yang aktif bersukan, dan suka melakukan aktiviti luar dan lasak anda pasti akan berpeluh, oleh itu anda memerlukan lebih lagi seluar dalam. Ini tidak bermaksud mereka yang kurang aktif tidak perlu ada banyak seluar dalam.

Pilih Jenama Seluar dalam yang sesuai dengan anda.

Kepelbagaian kadang kala boleh menentukan mana satu jenama yang sesuai dengan anda. Mencari jenama seluar dalam yang sesuai untuk anda juga agak sukar. Ada seluar dalam yang berjenama yang dipakai tetapi tidah tahan. Sebagai penguna anda perlu pastikan seluar dalam yang dibeli menpunyai jaminan serta harganya berbaloi dengan keselesaan anda memakainya. Jangan main tangkap muat aje. Anda juga yang rugi nanti.

Pakailah berbagai jenis fesyen seluar dalam.

Jika anda baca article tentang seluar dalam lelaki sebelum ini. LOL ada menyenaraikan jenis-jenis seluar dalam yang boleh dipakai mengikut situasi yang sesuai. Ini penting kerana seluar dalam anda menentukan keselesaan anda. Tidak terlalu ketat atau longgar, besar atau kecil dan sebagainya perlu anda perhatikan. sebagai contoh, apabila anda tidur diwaktu malam disarankan anda memakai seluar dalam jenis boxer itu lebih selesa.

Cuci seluar dalam anda setiap hari.

Anda memang disarankan memakai seluar dalam sepasang sehari. Tetapi jangan asyik bertukar sahaja tetapi malas nak mencucinya. Ini bukan bermaksud ada menukar seluar dalam seperti lampin bayi pakai buang. Tahukah anda, sehelai seluar dalam yang kotor mengandungi 1 gram kotoran. Jadi rajin-rajinlah mencuci seluar dalam selepas digunakan. Takut nanti mendapat penyakit kulit pula. Berhati-hati. Jaga kebersihan diri anda.

Seluar Dalam Lelaki – Jangan Buat

Tidak berseluar dalam!!!

Ada lelaki yang tidak suka memakai seluar dalam. Lebid longgar, lebih bebas, kurang panas dan sebagainya. Inilah yang dinamakan style comando. Bayangkan apabila anda menyangkung menampakkan alur punggung ada di belakang tanpa anda sedari, atau anda memakai seluar pendek dan duduk membuka kaki sehingga menampakkan kemaluan anda. sekiranya di rumah mungkin tidak kisah, tetapi sekiranya berlaku dihadapan orang ramai, apa pula anggapan mereka.

Jangan pakai seluar dalam selain untuk lelaki.

Ada juga lelaki yang memakai seluar dalam perempuan. Jangan tak percaya, ini betul berlaku. Seluar dalam lelaki mestilah kelihatan dibuat khas untuk lelaki.

Jangan biarkan kesan kotoran seluar dalam.

Air kencing, darah, serta daki dari badan sering melekat dan meninggalkan kesan pada seluar dalam. Gunalah pencuci yang sesuai semasa mencuci.  Selalunya kesan ini perlu dicuci dengan betul untuk menghilangkanya. Jika tidak juga hilang pertimbangkanlah untuk menukarnya.

Jangan memakai seluar dalam boxer dengan seluar panjang.

Seluar dalam boxer amat sesuai dipakai untuk tidur. Ia lebih longgar memberikan keselesaan kepada pemakainya. Tetapi apabila ada memakainya dengan seluar panjang dari jam 9 hingga 5 petang, memang nampak tidak sesuai. Ia menampakkan anda memakai 2 lapis seluar. Seluar dalam jenis brief lebih sesuai dipakai dengan seluar panjang.

Jangan menunjuk-nunjuk seluar dalam anda.

Sekarang menjadi trend lelaki memakai seluar yang  longgar sehingga menampakkan seluar dalam anda. Untuk model peragaan mungkin sesuai. LOL tidak faham kenapa perlu untuk menunjukkannya. Jaga penampilan anda. Adakah untuk berlagak dengan jenama yang mahal atau fesyen. Tidak perlu menunjukkannya, sikap ini melambangkan yang anda tiada etika berpakaian.

Number of View :4286


Leave a Reply