Rambut Gugur Tanda Berpenyakit.
SEDAR saja daripada tidur, banyak rambut gugur dan melekat pada bantal. ltu tidak termasuk ketika mencuci rambut dan mengeringkannya terutama apabila menggunakan tuala. Semasa menyikat rambut pula, perkara sama mash berlaku. Adakah anda pemah atau sedang mengalami fenomena sebegini setiap hari?
Jika ya, anda sebenamya tidak keseorangan dalam menghadapi masalah sebegini. Dikatakan setlap dua daripada tiga orang lelaki akan mengalami masalah ini sebelum atau apabila mencapai umur 60 tahun. Berikut adalah beberapa punca mengapa masalah keguguran rambut ini berlaku.
Sebelum kita melihat masalah keguguran rambut ini secara lebih mendalam, kita harus memahami bagaimana proses pertumbuhan rambut secara semula jadi. Manusia mempunyai hampir 100 ribu folikel seni rambut dan 90 peratus daripadanya mengalami proses pertumbuhan secara berfasa. Dari segi jangka hayat rambut, ia bergantung kepada folikel rambut serta faktor-faktor genetik. Secara normainya, rambut akan gugur setiap hari melalui aktiviti harian seperti ketika menyikat, mencuci menggunakan syampu dan menggosok rambut. Keguguran rambut seperti dianggap normal dan beriaku pada semua orang.
Di antara punca keguguran rambut ialah disebabkan oleh faktor usia. Secara umumnya, jika umur seseorang lelaki ltu semakin meningkat, jumlah folikel rambut akan menyusut Masallah keguguran rambut fidak mengira jantina dan akhimya akan menghasilkan rambut yang jarang dan pendek. Keadaan ini dipanggil androgenic alopecia. la beriaku apabila folikel rambut mati akibat peningkatan usia atau faktor sekeliling seperti pencemaran atau terdedah kepada bahan kimia.
Selain itu, pengambilan ubat-ubat tertentu serta pemakanan yang tidak sihat mampu menyumbang kepada permasalahan ini. Jika ia serius, jumlah rambut yang gugur akan semakin
meningkat akibat folikel-folikel rambut mati secara kekal dan akan menyebabkan masalah botak. Rambut dikawasan tengah kepala akan gugur merebak sehingga ke bahagian belakang dan hanya meninggalkan rambut di bahagian sisi sahaja. Masalah botak ini boleh dirawat dengan kaedah perubatan tetapi ia bergantung kepada jumlah folikel yang masih hidup.
Penggunaan ubat-ubatan juga dikenal pasti sebagai antara punca keguguran rambut. Pengambilan sesuatu jenis ubat akan memberi kesan terhadap perkembangan rambut yang kadangkala boleh menyebabkan botak sementara. Antara jenis ubat yang boleh member! kesan
kepada rambut adalah ubatan jenis dadah untuk merawat tekanan darah tinggi, gout, artritis dan juga masalah jantung. Pengambilan vitamin A dengan dos yang tinggi juga boleh menyebabkan struktur akar rambut menjadi lemah dan akhimya gugur.
Begitu juga dengan rawatan kemoterapi. Kebanyakan agen merawat kanser mampu menyekat perkembangan folikel rambut. Antara 90 peratus daripada jumlah rambut dikatakan akan gugur dalam tempoh satu hingga tiga minggu ketika rawatan kemoterapi dilakukan.
Pesakit kanser perlu dimaklumkan mengenai kesan-kesan yang bakal mereka terima akibat perawatan ini agar mereka lebih bersedia menghadapi masalah ini. Ini kerana, dalam sesetengah kes, masalah rambut gugur yang dihadapi oleh pesakit kanser ini gagal untuk tumbuh kem bali dan menjadikan mereka botak kekal.
Selain itu masalah jangkitan dibahagian kulit kepala juga menjadi antara penyebab keguguran rambut Umpamanya disebabkan oleh jangkitan tina capitis. Fenomena ini disebabkan oleh sejenis jangkitan yang disebalokan oleh kulat ringworm. Kulit kepala akan kelihatan kemerahan, kasar, menggelupas serta merosakkan struktur folikel rambut. Jika jangkitan ini serius, ia mampu merebak sehingga ke bahagian lain seperti di leher dan belakang badan.
Jangkitan ringworm ini kerap kali berlaku pada kanak-kanak. la juga boleh menyerang golongan dewasa jika aspek kebersihan diabaikan. Punca utama disebabkan oleh tabiat berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, pakaian, sikat, topi dan lain-lain yang digunakan terutamanya di asrama atau rumah-rumah penjagaan kanak-kanak. Kaedah perawatan yang sesuai untuk jangkitan ini adalah dengan menggunakan ubat antifungal selain mengasingkan mereka yang terlibat dengan mereka yang tidak dijangkiti.
Begitu juga dengan serangan penyakit seperti alopecia areata iaitu sejenis penyakit yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami botak secara daiam diam. Puncanya masih tidak diketahui sehingga kini. Hanya sekitar dua peratus di dalam satu populasi dikesan mengalami masalah ini dan ia melibatkan semua jantina yang berumur antara 20 hingga 60 tahun.
Walau bagaimanapun, ia adalah masalah sementara kerana rambut yang gugur 10 akan tumbuh kembali dalam jangka masa yang singkat manakala merawat menggunakan steroid juga mampu mengehadkan Keguguran rambut ini. Steroid akan disuntik terus ke kawasan yang terjejas bagi merangsang folikel-folikel fambut untuk kembali aktif agar rambut baru dapat dihasilkan semula.
Keguguran rambut juga disebabkan oleh telogen effuvium iaitu satu keadaan di mana keguguran rambut disebabkan oleh faktor-faktor labiat serta kesihatan individu. Kebiasaannya ia akan berlaku antara ciua hingga tiga bulan. selepas tubuh mengalami masalah kejutan akibat stress, pembedahan besar, kemalangan, penyakit akut atau mengubah tabiat atau diet makanan.
Sebarang kejutan yang berlaku terhadap tubuh akan menyebabkan hampir 20 peratus daripada folikel rambut akan terhenti. Kesannya, rambut akan kelihatan nipis dan kadang kala mewujudkan kesan botak pada bahagian tengah kulit kepala. Namun, masalah ini akan pulih secara semula jadi dan rambut akan tumbuh semula dalam masa beberapa bulan selepas itu.
Punca lain termasuklah disebabkan oleh penyakit anemia (kekurangan darah) atau thyroid (bengkak kelenjar). Masalah seperti ini perlu didiagnosis oleh doktor pakar terlebih dahulu. Ika benar, doktor pakar akan merujuk masalah ini kepada makmai khusus untuk merawat masalah berkaitan rambut dan kulit kepala kerana penyakit ini boleh dirawat dan dipulihkan secepat mungkin.
Jika anda berdepan dengan masalah ini dan merasakan jumlah rambut yang gugur lebih daripada biasa terutamanya diwaktu anda menyikat atau mencuci rambut, atau mungkin anda mendapati rambut anda semakin tipis, segeralah berjumpa doktor. Kebiasannya masaiah keguguran rambut disebabkan genetik, namun masalah keguguran rambut yang serius juga kadangkala menjadi petanda kepada munculnya penyakit. Maka jika ia beriaku ke atas anda, berjumpalah segera dengan doktor yang pakar dalam bidang ini. Perkembangan teknologi terkini dalam bidang perubatan membolehkan masalah keguguran rambut ini dapat dirawat dan dipulihkan seperti sedia kala.
Number of View :4397
salam,saya mempunyai masalah sikit. anak lelaki saya berumur 1 thn1/2. dia sering demam,dan rambutnya gugur sekitar 5 helai..adakah kanak2 sebaya dia pun akan melalui perkara yang sama?(rambut jatuh)
@rafidah : Salam, Puan Rafidah cuba bantu anak dengan memberinya madu sesudu sehari dan multi-vitamin. Selalunya anak yang berumur bawah 2 tahun selalu deman mungkin kerana imun badan tidak kuat.
Mengenai rambut gugur LoL rasa, masalah ini berlaku kerana kurang nutrisi atau khasiat dalam pemakanan anak. Kalau anak puan masih menyusu, cuba bantu dengan susu tambahan yang banyak jenama ada dipasaran.
salam..anak perempuan saya berusia 6thn.baru2 ni saya perasan die memngalami keguguran rambut yg sgt teruk.setiap kali mandi,shampoo n sikat mesti rambut gugur.saya risau.tetapi saya blm refer ke doktor lg.adakah di sebabbkn slh guna shampoo?@sebaliknye…??
@faraain : Sila rujuk reply komen ini