Archive for the ‘Info Kesihatan’ Category

Mari Kenali Kulit Anda.

Kenali Jenis Kulit.

Sebelum seseorang juru kecantikkan memulakan tugasan merawat muka pelanggan dan melakukan rawatan muka (facial) adalah perlu dia mengenali jenis-jenis kulit pelanggan agar dapat menggunakan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit. Perkara ini perlu di pelajari dengan mendalam agar tidak memudaratkan atau terdapat kesan sampingan selepas menggunakan produk tersebut.

Daniel_Henney_050037 - Mari Kenali Kulit Anda.

Read the rest of this entry »

Number of View :8

Carta Hidrasi Air Kencing.

Carta Hidrasi Air Kencing.

Number of View :1065

Anda Kerap Kencing?

Anda Kerap Kencing

Awas!!! Jika Anda Kerap Kencing?

Masalah pundi kencing meragam jarang berlaku dan simptomnya tidak sama untuk dibandingkan dengan mana-mana individu. Jadi pengalaman anda membuang air kecil sebanyak lima kali dalam satu jam tidak boleh digunakan sebagai ukuran. Jika anda kerap kencing jangan biarkan. Cepatlah buat pemeriksaan doktor.

Read the rest of this entry »

Number of View :1393

Rahsia Penjagaan Rambut

Rahsia Penjagaan Rambut

Penjagaan Dan Kesihatan Rambut

Berapa ramai yang tahu jenis sikat dan cara menyikat rambut sebenarnya mempengaruhi kesihatan rambut?

DUNIA fesyen rambut berkembang setiap minit. Sehubungan itu, ramai pengguna memberi tumpuan terhadap pengayaan semasa. Daripada potongan rambut yang ranggi, mewarnakan rambut dan rawatan stim, pelbagai cara dicuba bagi memastikan diri seiring dengan fesyen rambut terkini.

Read the rest of this entry »

Number of View :1237

Keburukkan Menahan Kencing.

Menahan Kencing

Jangan Menahan Kencing.

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

Read the rest of this entry »

Number of View :1472

Penyakit Gout Menyerang Kaum Lelaki

Apa itu Penyakit Gout?.

Penyakit Gout


Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila penyakit gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.


Read the rest of this entry »

Number of View :2268

Menghisap Shisha Lebih Bahaya Dari Merokok

menghisap shisha

Tahukah Anda menghisap shisha 400 kali lebih bahaya dari merokok.

LONDON – Siapa kata menghisap shisha tidak berbahaya? Kajian yang dilakukan kerjasama Department of Health and the Centre for Tobacco Control, termasuk fakta yang menyebutkan menghisap Shisha sama berbahayanya dengan menghisap merokok tembakau.

Read the rest of this entry »

Number of View :4506

10 Penyakit Lelaki Yang Paling Popular

man-problem

Jangan salahkan lapisan ozon yang semakin menipis ataupun pemanasan global jika anda diserang penyakit. la kerana penyakit timbul disebabkan diri anda sendiri.Faktor pemakanan merupakan penyumbang utama,Selain dari gaya hidup anda sendiri seperti merokok, kurang bersenam dan sebagainya. Berikut merupakan 10 penyakit yang paling popular menyerang kaum lelaki. Maka berwaspadalah! Read the rest of this entry »

Number of View :1484

Nak Kurus? Nak Gemuk?

fat-thin

Jika bersenam saja tanpa mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan gaya hidup yang sihat, pasti segala usaha anda akan menjadi sia-sia belaka.Untuk memperlengkapkan matlamat mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang sempurna,jangan sesekali melupakan amalan pemakanan yang sihat.Panduan ringkas boleh diikuti sebagai salah satu langkah merealisasikan impian anda itu.Jika inginkan panduan yang lebih lengkap,anda bolehlah merujuk kepada mana-mana pakar nutrisi. Read the rest of this entry »

Number of View :1304

Rambut Gugur Tanda Berpenyakit.

hair-loss

SEDAR saja daripada tidur, banyak rambut gugur dan melekat pada bantal. ltu tidak termasuk ketika mencuci rambut dan mengeringkannya terutama apabila menggunakan tuala. Semasa menyikat rambut pula, perkara sama mash berlaku. Adakah anda pemah atau sedang mengalami fenomena sebegini setiap hari?

Jika ya, anda sebenamya tidak keseorangan dalam menghadapi masalah sebegini. Dikatakan setlap dua daripada tiga orang lelaki akan mengalami masalah ini sebelum atau apabila mencapai umur 60 tahun. Berikut adalah beberapa punca mengapa masalah keguguran rambut ini berlaku. Read the rest of this entry »

Number of View :4396