Adakah Anda Memakai Seluar Dalam Yang Sesuai?
Sebelum anda membeli atau memakai seluar dalam. Ada beberapa faktor yang perlu anda ambil tahu. Jangan hanya pakai muat sahaja. Antara faktor yang perlu anda tahu ialah, rekaan yang cantik, pinggang yang selesa dan bahan microfiber yang dapat menyingkirkan kelembapan.,Sesuai untuk bekerja , bersenam sehingga ke bilik tidur.
Apabila timbul soal seluar dalam,ramai lelaki yang tidak ambik endah tentang pemakaiannya. Ada mereka yang terdiri daripada golongan profesional yang memakai seluar dalam yang sama jenis, lusuh serta berlubang-lubang. Alasan yang selalu diberikan adalah, boleh pakai lagi, sangat selesa bila pakai seluar dalam ini dan sebagainya.
Lelaki secara amnya sangat suka meng-upgrade barangan dan pakaian mereka. Jadi mengapa tidak upgrade seluar dalam sekali. Kata orang kalau cantik diluarnya pasti cantik didalamnya lebih tepat lagi apa yang ada dibawahnya.
Jenis Seluar Dalam Lelaki
Brief
Hampir keseluruhan lelaki akan ada seluar dalam jenis brief ni. Bagi kaum wanita, mereka menganggap seluar dalam lelaki jenis brief seksi sangatt dan klasik. Selalunya mereka mudah tertarik pada lelaki yang memakai brief terutama yang bertubuh mantap dan berotot…Seluar dalam jenis ni sesuai untuk mereka2 yang aktif bersukan, melakukan aktiviti extreme dan juga untuk dipakai ke pejabat berserta dengan seluar slack.
Boxer
Boxer bentuk dia macam seluar pendek dan berpotongan longgar dengan corak tertentu. Boxer sesuai bagi mereka2 yang nakkan keselesaan.Antara kelebihan memakai boxer short ini adalah lebih longgar dan selesa, sesuai dipakai ketika di dalam keadaan cuaca dimalaysia, mengurangkan rasa gatal di bahagian alat sulit, mudah ditanggalkan dan boleh digunakan sebagai seluar dalam dan sebelum tidur (senang tak payah tukar2 seluar).
Boxer sangatlah tidak sesuai dipakai sekali dengan pakaian pejabat. Sebabnya bila pakai seluar seperti slack, nanti akan menampakkan struktur boxer dan kelihatan berserabut dibahagian punggung. Jadi Hati2 la eh bila pakai boxer tu.. ada kala memang masuk sangat dengan pemakai dan adakala nampak sangat2 fail dalam berfesyen..hehe
Boxer Brief.
Boxer brief pulak lebih ketat seperti seluar dalam briefs yang ni bagi keselesaan dan menutupi bahagian tengah antara pinggang dan keseluruhan pinggul. Fabrik yang biasa digunakan luntuk boxer brief ni pulak lebih tebal dan mudah regang seperti kapas lembut, polister dan lain-lain. Boxer jenis ni sesuai juga untuk mereka yang aktif bersukan, mendaki bukit, dan sesuai juga untuk ke pejabat…
Number of View :6519